TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Tuesday, June 28, 2011

SINKI UNIK !!


Assalamualaikum :D

Jom basuh tangan dengan sinki unik!
Nanti pi roboh sink umah korang, campak luar. Beli sinki baru yang unik macam ni.
Aku kalau dapat sink macam ni, hari-hari basuh tangan sampai kecut jari jemari pon tak apa! 
 kalau dapat sink macam ni, hari-hari basuh tangan sampai kecut jari jemari pon tak apa!


Aku tertarik dengan sink ni! Korang tengok elok-elok tapi yang leceh, kena buat parit bawah tu supaya air kotor flow. Makan ruang tak?


Ni pon gila terbaik. Yang mangkuk tu biasa je, yang paip tu cute sungguh.


Olololo! Comel lahhh !..


Sink ni sangat bagus, Konon lah korang dah kawin kan, dalam satu bilik air ada dua sink, sebelah sink korang, sebelah lagi sink hubby korang. Romantik oh.


Yang ni letak dekat restaurant seafood memang cantik.


Apa motif??


Heh. Unik gituuuu.


Ni bentuk apa? Lemon? Bibir?
Tengok paip, tengok mangkuk. Nakkk!!

Ni lawa! yang ni aku cakap. Letak dekat bistro terbaikk!



CREDITS TO ; BLOGJELLYBEAN

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

KERUSI UNIK !!

Assalamualaikum dan Sakam Satu Blogger :)
Peace ! ^_~v

Zaman dah berubah, dunia dah maju. Kerusi dah moden. Tersangkut otak aku tengok kerusi -kerusi zaman sekarang

Ada yang entah pape je kerusi tu aku tengok, ada jugak design dia macam tak masuk akal.
 


Ni kerusi bentuk heels? Aku rasa la kerusi macam ni makan ruang betul. Bukan leh duduk atas puncak tu. Unless korang nak main gelonsor. Kalau boleh duduk pon, rasa muat atas 4orang la kan. Tu pon kalau letak dekat kedai kasut.


Ni yang cute ni! Olololo!



Kerus sponge?

ni apa ni? Kerusi ke, spike ball? Huh!
Kerusi ni kalau perhati elok-elok bentuk gigi tau. Comel
Kerusi moden ni pon satu hal makan ruang, tapi kira ok lah nak buat rest-rest.

Yang ni dua-dua belah boleh guna. Masalahnya yang duduknya belah depan, belakang tu buat apa? Nak duduk tang mana kedalam macam tu? 
Ha ni okay la buat alah bontot sambil online facebook.
Aku suka kerusi ni. Buat bistro pakai kerusi ni. Fuhh! Mengancam!
Ni pekebenda? Slesa ke?


Ni design terbaik. Dah macam kerusi santai tapi tak nasih dia tak leh fold. Mesti mahal dah material kayu chengal tuh. Terbaik!


Aku suka jugak yang ni, dah macam bentuk jellybean kepek . Cute gila. Kalau buat kaler yelow,green ala funky, dan-dan tu jugak aku pi cari. Haha!


Poyo betul pompuan yang duduk atas kusi ni, muka macam tak tahan kebas je. Selesa tak makcik? Kira slesa la tu, tengok makcik yang gambar bawah duduk elok je. Buat letak dekat pejabat ni cantik jugak.


CREDITS TO ; BLOGJELLYBEAN


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Monday, June 27, 2011

KATIL UNIK !! ^_~

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger. :)
Peace ! ^_~v


korang nampak je katil ni biasa,bentul bulat camtu. Untuk pengetahuan korang lah, katil ni leh pusing. Tak lah pusing terlalu laju, sekadar pusingan cukup untuk mengdodoi kita tido.


Yang ni aku tak tahu specialty katil ni. Unik dari segi bentuk kot.



Exclusive gila la katil Mercedez gituuwww. Oh kalau korang nak tahu, lampu depan tu leh menyala tau dan yang terbaiknya, bonet depan leh angkat dan jadi satu storage untuk simpan barang dalam tu. 


Ni dah macam mini rumah. Aku rasa macam nak je katil macam ni. Tingkat atas tu boleh la aku nak meniarap terjulur online facebook sambil makan nasi goreng ikan masin. Cukup pukul 12 aku turun bawah tido. cehhh! 


Aku tak nak katil macam ni. Dah macam tido dalam bijik coconut.

Yang ni best! Korang bayang lah kalau punya katil macam ni. Bangun pagi-pagi dengan air liur basi nya, dengan rasa malas nya, turun slide cenggitu. Tak payah lah nak turun pakai ladder. Kaki pon rasa malas nak gerak. Aduhh! best! best!

aku dengar-dengar la orang cakap katil ni dah femes dikalangan mat-mat saleh.


ni untuk budak-budak boleh lah.


dah macam tido dalam hutan paya air masin gamaknya.



apa motif melengkung atas?


Ini namanya katil?? Macam-macam dah model sekarang.

CREDIT TO ; BLOGJELLYBEAN


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

KAMERA CANGGIH TU !! O_0

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger :)
Peace ! ^_~v


Harga dia dalam USD$234.98 , kalau convert MYR , ada la dalam RM822.43

Mahal nak mampos T_T. Dah macam iMAC gamaknya.
Rupa camera nya macam ni :)


Alahaii comel nye, anak DSLR. Haha!

Oloh, besar nya!

Nampak je kecik, tahu lah korang, hebatnya kamera ni



Korang leh bayang tak orang yang buat photoshoot pengantin, tiba-tiba photographer datang dengan kamera camni. Pengatin posing bagai nak rak, kamera besar ni. Macam tak de feeling je .


Leh letak microSD. Aku rasa kan, dunia semakin maju. Semakin kecik barang, dan rakyat semakin rabun asik-asik tang mata nak fokus je.

Haa! Leh sangkut kat leher. Macam budak-budak sangkut keychain. Lawak betul.


Kalau habis batery, charge je macam ni.

Agak-agak kan, lepas tangkap gambar, bila nak view dekat skrin dia tu. Jelas tak? Dah macam puaka gamaknya.



Tapikan, kutuk lah sebanyak mana yang mungkin. Last-last result dia memuaskan doee! Menurut sumber, dia punya lensa lebih fokus berbanding DSLR, sebab tu tak heran kalau harga dia membotakkan kepala customer. 


Ni je gambar yang aku dapat dari web mana yang mengatakan landscape ni captured dari CHOBI CAM.


Agak terang. THE BEST FROM FARM AHHH!


CREDITS TO ; BLOGJELLYBEAN

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

DARI KERTAS JADI BAJU ?? :-/

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger :)
Peace ! ^_~

Ramai orang tengah hot cakap pasal baju ni, and as all you know, baju ni dah ada dekat Malaysia. Tapi aku tak tahu dekat area mana dia jual baju ni. Dan harga pon aku tak pasti.


Tapi apa yang menariknya pasal baju ni. Kita tengok gambar satu per satu.



Baju ni kalau tengok betul-betul , pegang dan rasa. Macam kadbod tau. Dia keras semacam. Kalau yang tak tahu apa-apa tu mesti ingat ni scratch paper.
Tu pandangan atas. Dia sebenarnya dibaluti dengan plastik. 


Koyak kan sikit plastik tu , nanti dapat kertas tebal berkeping-keping macam ni


Nampak tak? Ada tiga keping tu. Yang ni buat aku hairan sangat-sangat! Nanti susun lah yang gambar muka kucing tu duk atas, yang plain putih kosong tu tengah, dan yang bertulisan comic ape entah tu belakang. Susun macam kad lah.


Lepas tu celup menda yang disusun rapi macam kad tu dalam air. Ni yang buat aku garu kepala ni!


Tengok tu jadi kembang semacam. Padahal gabungan kepingan tiga kad tadi. Tiba-tiba leh jadi macam ni.


Hah! Ambik kau! Jadi baju siap! Lepastu jemur kan di tengah panas. Sat lagi leh pakai.


P/S : Aku rasa pelik lah. Kalau ambik kertas A4 celup, rasa-rasanya takkan kuar jadi kain kapan kot? Kalau korang rasa pelik sila LIKE. Hehe!



CREDITS TO ; BLOGJELLYBEAN

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

TERSANGATLAH KREATIF ! DARI PEMETIK API JADI SEBIJIK MOTOR !! =)

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger :)
Peace ! ^_~


Tajuk entri macam unik dan menarik kan ? Memang menarik pun. Nak tahu kenapa ? 
Jom terjah!

Dua pemetik api jadi satu biji motor.

Habis dia cabut semua perkakas dalam.


Aku tak nampak lagi cara dia attach tu.



Mintak pusat Giatmara tubuh kursus ajar buat menda dari barang terbuang :D

Motor ni size dalam 11 cm X 2cm. Mini motor laaa senang kata. Kalau motor untuk kita - kita nak naik , agak-agak berapa pemetik api kena guna tak yee? 
MUAHAHAHA!! :D

CREDITS TO ; BLOGJELLYBEAN

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

ANTARA GAME YANG MENGHINA ISLAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger .
Peace ! ^_~


Kepada korang yang suka sangat main game tu, korang lagi lah wajib baca.


1) Devil May Cry 3






KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.





Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".



 
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.


Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.



Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.



Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.



Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.



Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.



3) Zack And Wiki




Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.






Tindakan yang dibuat:



The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.




4) Prince Of Persia






Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)







"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.




5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes







Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".




6) Stronghold Crusader






Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.




7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock






Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.







Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.







Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia



Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:






Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:







Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4




Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut


Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.


Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

Credits To ; Hanietwisties 


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM