TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Saturday, July 2, 2011

PENGANTIN BUNUH DIRI


Assalamualaikum :)

Mungkin korang ada terbaca news dalam paper The Star, ada setengah paper kuar, ada setengah tak. Tapi aku nak tunjuk jugak walaupon hal ni dah seminggu berlalu

Aku tunjuk dekat member-member pon diaorang cam "AH? SIYES WEH?". Aku ingat kan hal ni dah heboh kot.

Ni haaaa, pasal awek cina bunuh diri pakai baju pengantin.

Berlaku dekat Changchun, China. Bergema-gema orang lari kuar tengok dari tingkat 7. Ni baru mencabar wak luhhh, dari yang berdiri atas KB Mall. Tingkat tiga je tu dik.


May 17th, pukul 3pm China, amoi putih melepak umur 22tahun yang berpakaian baju pengantin nak terjun dari tingkat 7 di bandar Changchun, kat jalan Guiyang, China.

Amoi gaun pengantin duduk kat ambang jendela ketiga dari sudutbangunan.

Amoi tu nampak sangat tertekan, dia menderita keluhan yangteramat sangat cakap sumber media lah, dan lepas beberapa minitduduk atas sana,dia start menangis jerit-jerit. (ni sumber media gak)

Pukul 4:21:28, amoi ni terus menangis, tak lama kemudian dia jerit teresak-esak sambil cakap "aku melompat!", Saat amoi tu lompatdari ambang jendela. Habis sume orang mengkhawatirkankeselamatan amoi ni,tak lama pastu, ada lengan hero lah datang tangkap lengan amoi ni dari aras tujuh tu, hero tu tangkap leher amoi ni, dengan lengan kiri menjangkau turun gaun dia tu.

Akibat hero tu guna terlalu banyak kekuatan, tubuh bahagian atasheri tu jadi membanting kat tingkap dengan kuat lah konon bunyi "bangg", tak lama pastu, hero ni macam nak terheret keluar tingkap gak. Gerun wehh.

04:21:30, Hero ni guna semua kekuatannya , dan untuk menjagakeseimbangan, untuk mengelakkan jatuh ke bawah dengan amoi tu,dia tekan perut dia ke ambang jendela, dalam mediacakap muka dia jadi putih pucat sebab tenaga guna banyak sangat. Pastu tak lama kemudian hero tu guna kedua-dua tangannya untuk menarik lenganamoi tu naik ke atas, hero angkat sikit demi sikit 

Amoi ni menggantung diri dia ke udara. Phewww seram youuu. Eh Eh. Lawo lak heels dia. Awak, kalau ye pon nak bunuh diri, bak mai heels tu dekat saya. Kira sedekah lah ya. 

04:21:35,pekerja bangunan tu naik atas nak tolong gak, untukmenahan ke tubuh hero tu dan juga untuk angkat amoi tu. (berat bebenor mungkin amoi ni) . Pada masa yang sama, pekerja tingkat 6juga nampak kaki amoi itu tergantung. "Push up!" Ada lagi satu mamat hero duk tolak kaki amoi tu di ambang jendela bawah

04:22:22, tubuh bahagian atas amoi tu akhirnya benar-benar dalamtetingkap dan beberapa orang dalam tarik seluruh tubuhnya masuk.Pada saat tu, hero tu cakap kat amoi tu lah "Ko kawin dengan aku je ahh" Haha. Takde lah. Acah je, ni bukan dari media tau. Aku memandai je ni.

Haa ni lah rupa hero kita tadi tu.. Nama dia Guo Zhongfan. Pasni mintak otografSemat sakan ! Memang femes amous la abang dapat selamat amoi in wedding dress tu. Eh tiba-tiba teringat lagu Tae Yang lak. See you in the wedding dress. Cehhh~ 


Habis orang kerumun tengok aksi amoi tadi. Tak de lah ramai mana pon, tingkat tunjuk tu. Aritu budak KB Mall tu nak terjun tingkat tiga je, dah macam dalam stadium layan bola gamaknya. Fuhh!

Oh ya! Aku lupa lak nak gitau kenapa amoi ni nak bunuh diri. Haa pasal bercinta lah sebenarnya. Dia kapel dengan mamat ni dah 4tahun lebih,lagi 3minggu kot dia nak langsungkan perkahwinan,mamat tu terus mintak clash. Mungkin dah banyak duit guna nak buat kahwin, lek lek mak timang je mamat tu nak putus. Tu yang amoi ni frust sangat. Sabar lah ye LinXi, hero tu apa kurang nyeeee hehehe.


Ni video dia sebenar. Kalau korang tak faham aku potpetpotpet dekat gambar tadi, leh lah layan video ni sambil dengar lagu Tae Yang, sebab apa? Video ni boring , macam tak ada effect sangat. Hahaha.





♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

1 comment:

  1. jahat lelaki tu kan.. tapi terima ;a, da bukan jodoh. tp dorang mane faham ye dak? salam kenal ^_^

    ReplyDelete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM