TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Wednesday, May 30, 2012

GAMBAR MENAKJUBKAN FOTOGRAFI MAKRO PADA PERMUKAAN IRIS MATA

Assalamualaikum :)
Peace ! ^_~v


Lagi gambar hasil dari Fotografi Makro yang menakjubkan daripada seorang ahli fizik, Suren Manvelyan yang menggunakan rakan-rakannya untuk mengambil gambar mata mereka. Beliau sendiri tidak menyangka mata memnpunyai struktur yang unik dan indah seperti permukaan sebuah planet yang tidak diketahui.


























Geli pun ada kann ?? Dalam mata tu macam ada bulu je..Adoiyaii..Geli geleman aku menengoknya...Hahahaha... :)


SUMBER : KLIK AJE

KLIK LIKE KALAU SUKA ENTRI NI ^_~V




♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, May 20, 2012

TIP : KEHENDAK SI GADIS YANG JEJAKA PERLU TAHU

Assalamualaikum :)
Peace ! ^_^v




Setiap gadis mengidamkan pasangan yang sempurna. Gadis hari ini juga nyata lebih teliti dalam memilih pasangan hidup. Malah, ramai juga jejaka yang mengeluh dengan mengatakan bahawa gadis sekarang begitu cerewet untuk membuat pilihan.



1)  BERMANJA-MANJA
     
     Mungkin tidak semua gadis mempunyai sifat manja semula jadi kan.  Sifat manja tu begitu subjektif untuk diperkatakan.  Walaupun segelintir gadis tidak dapat tunjukkan sifat tersebut namun lelaki haruslah peka dan tahu bahawa setiap wanita idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama-sama.  Contohnya belaian mesra dari pasangan dan juga teguran yang lembut.

2)  MAHU DIPUJUK

     Walaupun ada segelintir lelaki beranggapan bahawa merajuk adalah sifat mengada-ngada tapi harus diingat  sifat mengada-ngada itu adalah isyarat si gadis mahukan pujukan mesra dari pasangannya dan bukannya dibiarkan.  Tapi yang pastinya pujukan itu juga mestilah ikhlas dan datang dari hati.  Haruslah diingat juga buat si gadis agar tidak selalu merajuk kerana bimbang akan membuatkan pasangan anda meluat dengan sifat itu.

3)  KEJUTAN

     Kadang-kadang lelaki tidak tahu dan tidak terfikir bahawa si gadis juga ingin kan sebuah kejutan walaupun bukan selalu.  Dan ianya amat dihargai oleh si gadis.  Untuk membuat kejutan, tidak perlulah menunggu atau menyembunyikan sesuatu darinya sehingga membuatkan si gadis tidak senang duduk.  Cukup dengan memberi sesuatu yang manis seperti kek, coklat, ais krim atau bunga.  Ini akan membuatkan si gadis merasakan dirinya dihargai dan dapat dijadikan kenangan untuk diimbau kembali oleh si gadis. 

4)  PERHATIAN

     Bukan si jejaka sahaja yang ingin kan perhatian dari si gadis malah si gadis turut inginkan perhatian.  Perhatian yang dimaksudkan ialah satu rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pasangan.  Cuba elakkan dari hanya menjadi pemerhati setiap gerak gerinya yang hanya membuat si gadis tersebut naik rimas dengan keadaan sedemikian.  Tunjukkan lah sifat keprihatinan kamu terhadapnya.

5)  KESETIAAN 

     Wahh...sebut sahaja pasal kesetiaan, masing-masing sibuk menunding jari antara satu sama lain kan.  Seeloknya dua-dua perlu tanam sikap kesetiaan dalam diri masing-masing.  Tidak semua pasangan mempercayai kesetiaan pasangan mereka 100% kan.  Ok, hal ini berbalik kepada hati masing-masing.  Buat si jejaka berhentilah dari menjadi buaya darat yang hanya mencari mangsa untuk menyakiti hati wanita.  Buat si gadis pula berhentilah dari menjadi pelakon untuk drama 'bermuka-muka' agar lebih disayangi.

6)  KASIH SAYANG

     Bercakap tentang kasih sayang memang tidak dapat dipersoalkan lagi kerana perasaan ini sememangnya telah wujud sejak azali lagi.  Mungkin cara diluahkan sahaja berbeza.  Mungkin ada sesetengah pasangan tidak tahu untuk meluahkan kasih sayang tersebut tapi mungkin dengan meletakkan kasih dan sayang kamu  pada keikhlasan terhadapnya. Mungkin ia akan lebih berhasil. 

7)  MELINDUNGI

     Sebagai seorang wanita sememangnya mereka perlukan seseorang untuk melindungi mereka.  Si jejaka perlu ambil tahu terhadap keselamatan pasangan masing-masing.  Jangan biarkan mereka berada dalam kesusahan sewaktu memerlukan pertolongan kerana sifat menolong tersebut  sememangnya telah tercipta dalam diri si jejaka dan disebabkan itu lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi si gadis.

8)  SOKONGAN

     Sokongan amat diperlukan dan penting dalam sesebuah hubungan.  Jika kamu tahu minat si gadis atau cita-citanya, jangan pernah kamu kritik sekiranya minatnya itu elok sebaliknya berilah sokongan dan jangan cuba menghalang.  Tetapi jika minat si gadis amat tidak elok adalah lebih baik jika kamu hanya menegur dan bukan dengan mengkritik menggunakan ayat-ayat yang boleh membuatkan si gadis berkecil hati. 

9)  MENERIMA SEADANYA

    Setiap yang sempurna pasti terpalit sedikit cacat celanya walaupun sikit.  Tetapi yang pastinya, sifat menerima seadanya amat penting bagi seorang gadis dalam menilai cinta seseorang jejaka terhadap dirinya.  Walau bagaimanapun, kehendak si gadis hanyalah satu iaitu menerima diri mereka dengan seadanya.  Apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya.  Bukan kerana rupa dan jangan pernah memandang rupa untuk mencintai tetapi pandanglah hati pasangan kamu itu.  

Hakikatnya siapa tahu dengan cara ini si gadis dapat membentuk sikap jejaka agar lebih menghargai wanita.  Jika si gadis meragam, si jejaka jangan lah terlalu cepat melenting sebaliknya mencari alternatif untuk menyelesaikannya. 



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Saturday, May 19, 2012

SENI FOTOGRAFI 3D. (10 GAMBAR)

Assalamualaikum :)
Peace ! ^_~v


Gambar dibawah merupakan gambar fotografi 3D, walaupun tak banyak pergerakkan tapi masih lagi didalam bentuk 3D, ia juga dipanggil sebagai Gambar Fotografi Stereo. Apapun korang tahu tak macam mana gambar ini diambil? Dan macam mana pulak boleh bergerak-gerak? Kalau nak tahu sila skrol sampai bawah.

Jom kita terjah satu-satu k.. :D












Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera stereo ni. Nampak menarik gila kann ??? Kat KL agak-agak ada jual tak ? Boleh aku bergambar sakan..3D pulak tu..Best woo.. ~ Hahaha.. :))

SUMBER : KLIK-AJE :)

KLIK LIKE KALAU SUKA ENTRI INI ^_~v



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Thursday, May 17, 2012

TOP 10 BANGUNAN PALING TINGGI DI DUNIA !

Assalamualaikum :)
Peace ! ^_^v

Tadi masa tengah syok-syok blogwalking, terjumpa satu entri mengenai ' Top 10 Bangunan Paling Tinggi Di Dunia ! '

Jadi di sini, aku nak sharelah dengan blogger-blogger semua untuk  kita sama-sama tengok mana bangunan paling tinggi sangat tu..Malaysia pun tersenarai sekali tau..Haha..Bangga jadi rakyat Malaysia ! :)


10. Menara Jin Mao (Shanghai)
Menara ke-10 tertinggi di dunia dengan ketinggian 420.5 m, terletak dikawasan Lujiazui daerah Pudong Shanghai



9.Trump International Hotel and Tower (Chicago)
Juga dikenali sebagai Trump Tower Chicago, memiliki ketinggian 1389 kaki (423 m) termasuk puncak menara.


8.Guangzhou West Tower (Guangzhou)
Guangzhou West Tower merupakan sebuah bangunan awam dengan ketinggian 1558 kaki (475 m)


7.Willis Tower (Chicago)
Pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia yang dahulunya dinamakan sebagai Sears Tower dengan ketinggian 1,451 kaki (442 m).


6.Nanjing Greenland Financial Center (Nanjing)
Daerah Nanjing yang terletak di negara China dengan ketinggian 1480 kaki (450 m), merupakan bangunan ke-2 tertinggi di China


5.Menara Berkembar Petronas (Kuala Lumpur)
Juga pernah menjadi sebuah menara tertinggi di dunia suatu ketika dulu sebelum diatasi oleh Taipei 101 dengan ketinggian 1483 kaki (452 m). Tambahan : Menara Telekom berada ditempat ke-53 dunia.


4.International Commerce Centre (Hong Kong)
Terletak di bandar Kowloon, China, dengan ketinggian 1588 kaki (484 m)


3.Shanghai World Financial Center (Shanghai)
Pusat kewangan dunia dengan ketinggian 1,614 kaki (492 m)


2.Taipei 101 (Taipei)
Bangunan ke-2 teringgi di dunia dengan ketinggian 1,670 kaki (509 m)


1.Burj Khalifa (Dubai)
 Awalnya dikenali sebagai Burj Dubai dan kini telah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dengan jarak ketinggian yang amat ketara iaitu 2,717 kaki (828 m).



Gambar bawah ni merupakan jarak perbezaan di antara bangunan-bangunan yang terdapat di atas .


SUMBER : KLIK AJE :)


LIKE KALAU SUKA ENTRI INI ! ^_^v
♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Tuesday, May 15, 2012

40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM


Assalamualaikum :)
Peace ! ^_^v

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


SUMBER : ENCIK GOOGLE

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Wednesday, May 9, 2012

TOP 10 MASJID TERTUA DI DUNIA


Assalamualaikum :)
Peace ! ^_^v


Post hari in adalah mengenai masjid-masjid tertua di dunia. Jadi, sama-samalah kita hayati :)



10. Masjid Al-Zaytuna, Tunisia : 709



9. Masjid Al-Aqsa, Jerusalem : 705


8. Masjid Imam Hussain, Iraq : 680


7. Masjid Uqba, Tunisia: 670


6. Masjid Kufa, Iraq : 639


5. Masjidil Haram, Saudi Arabia : 638


4. Masjid Jawatha, Saudi Arabia : 629


3. Masjid al-Qiblatain, Saudi Arabia : 623


2. Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia : 622


1. Masjid Quba, Saudi Arabia : 622



SUMBER : ENCIK GOOGLE :)

LIKE DAN KOMEN KALAU SUKA ENTRI INI OK ? (^_^)v

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Saturday, May 5, 2012

TOP 10 BANDAR TERBERSIH DI DUNIA

Assalamualaikum.
Peace ! (^_~)v


Entri hari ini merupakan entri mengenai Top 10 Bandar Terbersih Di Dunia.Soo cool dan sangatlah bersih yaw ! HewHew.. :D

10.Calgary, Canada


9.Helsinki, Findand

8.Adelaide, Australia

7.Copenhagen, Denmark

6.Ottawa, Canada

5.Kobe, Jepun

4.Honolulu, Hawaii

3.Oslo, Norway

2.Minneapolis, Minn

1.Wellington, New Zealand


SUMBER : ENCIK GOOGLE :)

LIKE DAN KOMEN KALAU SUKA ENTRI INI. (^_~)v


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM