TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, May 20, 2012

TIP : KEHENDAK SI GADIS YANG JEJAKA PERLU TAHU

Assalamualaikum :)
Peace ! ^_^v




Setiap gadis mengidamkan pasangan yang sempurna. Gadis hari ini juga nyata lebih teliti dalam memilih pasangan hidup. Malah, ramai juga jejaka yang mengeluh dengan mengatakan bahawa gadis sekarang begitu cerewet untuk membuat pilihan.



1)  BERMANJA-MANJA
     
     Mungkin tidak semua gadis mempunyai sifat manja semula jadi kan.  Sifat manja tu begitu subjektif untuk diperkatakan.  Walaupun segelintir gadis tidak dapat tunjukkan sifat tersebut namun lelaki haruslah peka dan tahu bahawa setiap wanita idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama-sama.  Contohnya belaian mesra dari pasangan dan juga teguran yang lembut.

2)  MAHU DIPUJUK

     Walaupun ada segelintir lelaki beranggapan bahawa merajuk adalah sifat mengada-ngada tapi harus diingat  sifat mengada-ngada itu adalah isyarat si gadis mahukan pujukan mesra dari pasangannya dan bukannya dibiarkan.  Tapi yang pastinya pujukan itu juga mestilah ikhlas dan datang dari hati.  Haruslah diingat juga buat si gadis agar tidak selalu merajuk kerana bimbang akan membuatkan pasangan anda meluat dengan sifat itu.

3)  KEJUTAN

     Kadang-kadang lelaki tidak tahu dan tidak terfikir bahawa si gadis juga ingin kan sebuah kejutan walaupun bukan selalu.  Dan ianya amat dihargai oleh si gadis.  Untuk membuat kejutan, tidak perlulah menunggu atau menyembunyikan sesuatu darinya sehingga membuatkan si gadis tidak senang duduk.  Cukup dengan memberi sesuatu yang manis seperti kek, coklat, ais krim atau bunga.  Ini akan membuatkan si gadis merasakan dirinya dihargai dan dapat dijadikan kenangan untuk diimbau kembali oleh si gadis. 

4)  PERHATIAN

     Bukan si jejaka sahaja yang ingin kan perhatian dari si gadis malah si gadis turut inginkan perhatian.  Perhatian yang dimaksudkan ialah satu rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pasangan.  Cuba elakkan dari hanya menjadi pemerhati setiap gerak gerinya yang hanya membuat si gadis tersebut naik rimas dengan keadaan sedemikian.  Tunjukkan lah sifat keprihatinan kamu terhadapnya.

5)  KESETIAAN 

     Wahh...sebut sahaja pasal kesetiaan, masing-masing sibuk menunding jari antara satu sama lain kan.  Seeloknya dua-dua perlu tanam sikap kesetiaan dalam diri masing-masing.  Tidak semua pasangan mempercayai kesetiaan pasangan mereka 100% kan.  Ok, hal ini berbalik kepada hati masing-masing.  Buat si jejaka berhentilah dari menjadi buaya darat yang hanya mencari mangsa untuk menyakiti hati wanita.  Buat si gadis pula berhentilah dari menjadi pelakon untuk drama 'bermuka-muka' agar lebih disayangi.

6)  KASIH SAYANG

     Bercakap tentang kasih sayang memang tidak dapat dipersoalkan lagi kerana perasaan ini sememangnya telah wujud sejak azali lagi.  Mungkin cara diluahkan sahaja berbeza.  Mungkin ada sesetengah pasangan tidak tahu untuk meluahkan kasih sayang tersebut tapi mungkin dengan meletakkan kasih dan sayang kamu  pada keikhlasan terhadapnya. Mungkin ia akan lebih berhasil. 

7)  MELINDUNGI

     Sebagai seorang wanita sememangnya mereka perlukan seseorang untuk melindungi mereka.  Si jejaka perlu ambil tahu terhadap keselamatan pasangan masing-masing.  Jangan biarkan mereka berada dalam kesusahan sewaktu memerlukan pertolongan kerana sifat menolong tersebut  sememangnya telah tercipta dalam diri si jejaka dan disebabkan itu lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi si gadis.

8)  SOKONGAN

     Sokongan amat diperlukan dan penting dalam sesebuah hubungan.  Jika kamu tahu minat si gadis atau cita-citanya, jangan pernah kamu kritik sekiranya minatnya itu elok sebaliknya berilah sokongan dan jangan cuba menghalang.  Tetapi jika minat si gadis amat tidak elok adalah lebih baik jika kamu hanya menegur dan bukan dengan mengkritik menggunakan ayat-ayat yang boleh membuatkan si gadis berkecil hati. 

9)  MENERIMA SEADANYA

    Setiap yang sempurna pasti terpalit sedikit cacat celanya walaupun sikit.  Tetapi yang pastinya, sifat menerima seadanya amat penting bagi seorang gadis dalam menilai cinta seseorang jejaka terhadap dirinya.  Walau bagaimanapun, kehendak si gadis hanyalah satu iaitu menerima diri mereka dengan seadanya.  Apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya.  Bukan kerana rupa dan jangan pernah memandang rupa untuk mencintai tetapi pandanglah hati pasangan kamu itu.  

Hakikatnya siapa tahu dengan cara ini si gadis dapat membentuk sikap jejaka agar lebih menghargai wanita.  Jika si gadis meragam, si jejaka jangan lah terlalu cepat melenting sebaliknya mencari alternatif untuk menyelesaikannya. 



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

2 comments:

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM