TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, July 15, 2012

HOT TIP : RAHSIA KEKAL CANTIK DAN SIHAT DALAM ISLAM

Assalamualaikum.
Peace ! ^_~v





 Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari  dengan air wudhu.  Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis  dan kering  dengan sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.






♥ Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan berzikir dan berdoa.

 Untuk pelembab agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii  Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlakku). (HR Ahmad).






♥ Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau  menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur serta riak.


♥ Agar tubuh kelihatan langsing, diet yang teratur dengan berpuasa selama seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayur- sayuran, buah-buahan, dan air putih.







♥ KETERAMPILAN DIRI YANG INDAH


1.Serlahkan cahaya keimanan di wajah.

2.Pamerkan akhlak yang terpuji.

3.Dapatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi wanita yang bijaksana.

4.Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak.

5.Berhias dan berdandan hanya untuk suami.

6.Meluangkan masa untuk merawat diri.

7.Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji.

8.Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu.

9.Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan.

10.Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup.

11.Sentiasa menderma ke jalan kebajikan.

12.Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat.



 Sekian, Wassalam.


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

4 comments:

  1. banyaknye tips. nak baca senang.nak amalnye susah sikit.haih.

    ReplyDelete
  2. skrg ni org lebih suke botox n mkn pil mcm2.. =(

    ReplyDelete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM