TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Wednesday, October 31, 2012

WARNA SARUNG TELEFON BIMBIT YANG MEMBAWA MAKSUD TERTENTU

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v


Apakah warna sarung telefon bimbit yang sesuai digunakan di tempat yang berlainan?
Warna yang berlainan boleh membawa kesan yang berlainan. Gunakan sarung telefon bimbit yang bersesuaian dapat meningkatkan tanggapan orang lain terhadap anda. Marilah kita lihat perwakilan warna dalam kehidupan.

Warna hitam - profesional
Simbol kuasa, bergaya, low profile, kreatif, di samping itu juga bermaksud degil, sikap dingin dan ketahanan diri. Kebanyakan eksekutif atau orang yang berprofesional suka warna ini. Apabila anda perlu menunjuk profesionalisme atau cita rasa, ataupun perlu menyampai syarahan atau ucapan awam, sarung telefon bimbit yang berwarna hitam merupakan warna yang paling sesuai.

Warna coklat - mesra
Simbol stabil, tenang, lega, mesra, memberi tanggapan yang mudah bergaul bersama. Apabila anda perlu mengambil bahagian dalam mesyuarat penting ataupun membuat kaji selidik, sarung telefon bimbit yang berwarna coklat dapat menunjuk rasa yang mesra.

Warna putih - kepercayaan
Simbol suci, baik hati dan kepercayaan. Apabila anda ingin mendapat kepercayaan orang lain, sarung telefon bimbit yang berwarna putih amat sesuai dipakai.

Warna Merah - keyakinan
Simbol semangat, seksi, berwibawa, berkeyakinan dan bertenaga. Dalam majlis yang besar, guna sarung telefon bimbit yang berwarna merah boleh menarik perhatian orang lain dan anda mudah menonjolkan keyakinan diri sendiri.

Warna Merah jambu - manis

Simbol lemah-lembut, manis, romantik, bebas. Anda boleh guna warna ini apabila berbincang dengan rakan perempuan. Selain itu, anda boleh guna sarung telefon bimbit yang berwarna merah jambu apabila berpacar-pacaran. Anda akan kelihatan lebih manis.

Warna jingga - terus-terang
Simbol mesra, terus-terang, kegembiraan dan rasa sihat. Anda boleh pakai sarung telefon bimbit yang berwarna jingga apabila terlibat dalam perkhidmatan social.

Warna kuning - gembira
Simbol amaran, berkeyakinan, bijak, romantik. Warna ini sesuai dipakai dalam majlis yang gembira. Apabila anda menghadiri parti harijadi atau gathering rakan, sarung telefon bimbit yang berwarna kuning amat sesuai digunakan.

Warna hijau - aman
Simbol rasa selamat, aman, tenang, segar. Apabila menghadiri aktiviti rekreasi atau aktiviti pemuliharaan hidupan liar, pakailah sarung telefon bimbit yang berwarna hijau sebagai tanda keamanan.

Warna biru - harapan
Simbol harapan, ideal, bebas, jujur, kepercayaan. Apabila anda perlu menenangkan diri, berfikir ataupun berunding, anda boleh pakai sarung telefon bimbit yang berwarna biru.

Warna ungu - misteri
Simbol gaya, romantik, misteri dan berfalsafah. Anda boleh menggunakan sarung telefon bimbit yang berwarna ungu apabila anda ingin menonjolkan diri ataupun ingin menonjol rasa yang misteri.
Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan ini hanya untuk rujukan dan hiburan. Belilah sarung telefon bimbit yang bersesuaian citarasa anda.
SUMBER : HERE 


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, October 14, 2012

TOP 10 NEGARA PENGELUAR MINYAK TERBESAR DI DUNIA

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v


10.Nigeria
Pengeluaran Mentah : 2.51 Juta Tong Sehari


9.Brazil
Pengeluaran Mentah : 2.75 Juta Tong Sehari


8.United Arab Emirates
Pengeluaran Mentah : 2.81 Juta Tong Sehari


7.Mexico
Pengeluaran Mentah : 2.88 Juta Tong Sehari


6.Canada
Pengeluaran Mentah : 3.7 Juta Tong Sehari


5.Iran
Pengeluaran Mentah : 4.2 Juta Tong Sehari


4.China
Pengeluaran Mentah : 4.26 Juta Tong Sehari


3.United States
Pengeluaran Mentah : 8.85 Juta Tong Sehari


2.Russia
Pengeluaran Mentah : 9.91 Juta Tong Sehari


1.Saudi Arabia
Pengeluaran Mentah : 10.3 Juta Tong Sehari



SUMBER : KLIK-AJE. :)

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

19 KERTAS SOALAN PERCUBAAN PMR 2012 SELURUH NEGERI

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v



Memandangkan PMR 2012 belum berakhir, di sini aku nak share sikit dengan anda semua yang akan menduduki PMR tahun. Untuk Isnin ni subjek Matematik dan Kemahiran Hidup dan pada hari Selasa Bahasa Arab. So korang bolehlah download dan cuba buat soalan tu.

Memandangkan tahun depan merupakan tahun terakhir untuk pelajar-pelajar ambil PMR,  anda bolehlah buat latihan berdasarkan soalan-soalan ni sebagai persediaan untuk menduduki PMR tahun 2013.

Akan tetapi tak semua kertas soalan ada untuk semua subjek, dan tak semua skema jawapan ada untuk semua subjek. Moga-moga, dengan adanya soalan-soalan dari negeri lain ni, dapat membantu pelajar-pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin. ^_^


Senarai Kertas Soalan Peperiksaan Trial PMR 2012. -->

# Bahasa-Inggeris 1 & 2

# Bahasa Melayu  1 & 2

# Matematik 1 & 2

# Geografi

# Kemahiran Hidup Bersepadu

# Pendidikan Islam

# Sains 1 & 2

# Sejarah

# Bahasa Arab

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Kedah  –> http://goo.gl/1AYqY 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Sembilan  –> http://goo.gl/H1Qrc 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Kelantan –>  http://goo.gl/9LO42 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Perak –> http://goo.gl/YTMF1 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Pulau Pinang  –> http://goo.gl/6jxVG 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012  SBP –> http://goo.gl/el0uH 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012  Negeri Selangor  –> http://goo.gl/SoQin 

Kertas Soalan Percubaan PMR 2012 Negeri Pahang –> http://goo.gl/ThvMw

Tak semua subjek mencukupi. Ada yang ada soalan, tiada jawapan, ada yang ada jawapan, tiada soalan. Jadi anda semua bolehlah download yea. Harap-harap dapat membantu anda semua dalam menduduki peperiksaan.




Selamat menjawab
dan
semoga Berjaya
dalam pmr 2012 !

SUMBER : NORFANIL.COM



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM