TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Wednesday, October 31, 2012

WARNA SARUNG TELEFON BIMBIT YANG MEMBAWA MAKSUD TERTENTU

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v


Apakah warna sarung telefon bimbit yang sesuai digunakan di tempat yang berlainan?
Warna yang berlainan boleh membawa kesan yang berlainan. Gunakan sarung telefon bimbit yang bersesuaian dapat meningkatkan tanggapan orang lain terhadap anda. Marilah kita lihat perwakilan warna dalam kehidupan.

Warna hitam - profesional
Simbol kuasa, bergaya, low profile, kreatif, di samping itu juga bermaksud degil, sikap dingin dan ketahanan diri. Kebanyakan eksekutif atau orang yang berprofesional suka warna ini. Apabila anda perlu menunjuk profesionalisme atau cita rasa, ataupun perlu menyampai syarahan atau ucapan awam, sarung telefon bimbit yang berwarna hitam merupakan warna yang paling sesuai.

Warna coklat - mesra
Simbol stabil, tenang, lega, mesra, memberi tanggapan yang mudah bergaul bersama. Apabila anda perlu mengambil bahagian dalam mesyuarat penting ataupun membuat kaji selidik, sarung telefon bimbit yang berwarna coklat dapat menunjuk rasa yang mesra.

Warna putih - kepercayaan
Simbol suci, baik hati dan kepercayaan. Apabila anda ingin mendapat kepercayaan orang lain, sarung telefon bimbit yang berwarna putih amat sesuai dipakai.

Warna Merah - keyakinan
Simbol semangat, seksi, berwibawa, berkeyakinan dan bertenaga. Dalam majlis yang besar, guna sarung telefon bimbit yang berwarna merah boleh menarik perhatian orang lain dan anda mudah menonjolkan keyakinan diri sendiri.

Warna Merah jambu - manis

Simbol lemah-lembut, manis, romantik, bebas. Anda boleh guna warna ini apabila berbincang dengan rakan perempuan. Selain itu, anda boleh guna sarung telefon bimbit yang berwarna merah jambu apabila berpacar-pacaran. Anda akan kelihatan lebih manis.

Warna jingga - terus-terang
Simbol mesra, terus-terang, kegembiraan dan rasa sihat. Anda boleh pakai sarung telefon bimbit yang berwarna jingga apabila terlibat dalam perkhidmatan social.

Warna kuning - gembira
Simbol amaran, berkeyakinan, bijak, romantik. Warna ini sesuai dipakai dalam majlis yang gembira. Apabila anda menghadiri parti harijadi atau gathering rakan, sarung telefon bimbit yang berwarna kuning amat sesuai digunakan.

Warna hijau - aman
Simbol rasa selamat, aman, tenang, segar. Apabila menghadiri aktiviti rekreasi atau aktiviti pemuliharaan hidupan liar, pakailah sarung telefon bimbit yang berwarna hijau sebagai tanda keamanan.

Warna biru - harapan
Simbol harapan, ideal, bebas, jujur, kepercayaan. Apabila anda perlu menenangkan diri, berfikir ataupun berunding, anda boleh pakai sarung telefon bimbit yang berwarna biru.

Warna ungu - misteri
Simbol gaya, romantik, misteri dan berfalsafah. Anda boleh menggunakan sarung telefon bimbit yang berwarna ungu apabila anda ingin menonjolkan diri ataupun ingin menonjol rasa yang misteri.
Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan ini hanya untuk rujukan dan hiburan. Belilah sarung telefon bimbit yang bersesuaian citarasa anda.
SUMBER : HERE 


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

4 comments:

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM