TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Saturday, November 24, 2012

JAMBATAN PALING BERHANTU !

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v


PERHATIKAN TERUS KEBAWAH !!

Jambatan ini di dinamakan Jambatan Tatauapanama terdapat di Shonghai China. Kreatif atau uniknya jambatan ini kerana ia tersangatlah panjang dan seram. Kepada korang yang ada sakit jantung, lemah lutut, gout disarankan jangan tengok jambatan ni lama-lama takut akan mengigau malam. SERIUSS WEYH !




Haaa.. Takut takk ? Kalau yang tak takut tu baguslah sebab anda BERANI. Sajesaje je nak kasi takut. Kahkahkah.. ~

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Thursday, November 22, 2012

MAKANAN PALING PELIK DI DUNIA

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v

Makan ni merupakan keperluan dalam hidup ! Kalau tak makan mati kebulurlah kan. Jadi siapa yang taknak mati kebulur atau taknak lapar perut tu, marilah kita makan dan amalkanlah makan-makanan yang SIHAT ! Baru CERGAS lagi CERDAS... Barulah badan sihat dan hari-hari nak terjah blog Izzati Syazwani nie.. :D

1.Balut adalah sejenis telur itik (atau ayam) yang masih disenyawakan dengan embrio di dalam telur, ianya sejenis makanan biasa yang direbus, dibakar atau digoreng dan dijadikan menu setiap hari bagi negara Asia Tenggara seperti Filipina, Kemboja dan juga Vietnam


Orang awam percaya dan menganggap ianya mengandungi 'aphrodisiac' (apebenda tah) dan berprotein tinggi, dan rasanya sangat ENAK macam SNEK yang kebanyakannya dijual oleh penjual jalanan pada waktu malam dikawasan yang boleh didapati. Kebiasaan Balut ni disajikan dengan Beer ! Cheersss!


2.Cengkerik Goreng ibarat 1 budaya pemakanan bagi beberapa negara di Afrika dan juga di Asia dimana ianya dianggap sebagai makanan yang istimewa. Ada beberapa pihak menggalakkan memakan serangga di negara-negara Barat kerana mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi.




3.LIPAS GORENG 


4.Otak Khinzir tiada laporan yang saya dapat ulaskan kerana ianya adalah HARAM ! HARAM kamu tahu... Tengok aje, jangan makan !


5.Guinea Pig Panggang (aku lupa nama Melayu dia, Tikus Guinea rasanya), pada asalnya adalah daging atau haiwan ternakan mereka di Andes, kemudian ia telah menjadi sebahagian menu diet di Peru dan Bolivia, terutamanya ditanah tinggi Andes Mountains.

Daging Guinea mengandungi protein yang tinggi serta rendah lemak, kelazatan daging Guinea boleh digambarkan sama seperti arnab atau ayam yang sesuai untuk dipanggang dan digoreng... Hmmm...


6.Kebab Ulat Sutera


7.Kala Jengking Goreng agak biasa dilihat di pasaran Asia. Korang boleh merasai mereka ni di China, Thailand, Kemboja, Bangkok. Kala jengking sama seperti serangga lain yang mengandungi protein yang tinggi dan terdiri daripada asid lemak dan vitamin yang penting.



8.Sannakji - Hidangan Sotong Hidup, haa...yang ni mesti korang ingat makanan JEPUN kan ? Sebenarnya ni adalah makanan istimewa warga KOREA. Tah apa-apa la diorang ni.



9.Tarantula Goreng


10.Larva Lebah


12.Carzu Marzu makanan di bandar Sairdinia di Itali, casu marzu ialah keju yang menjadi rumah kepada larva serangga. Atau boleh kata keju yang ditambah dengan larva serangga atau ulat.


Haaa, jadi yang mana satu pilihan korang untuk makan tengahari ni. ? Komfem kenyang tak ingat dunia weyy. Hahaha.. ! :D
Aishh.. Lapar pulak rasanya.. ~

SUMBER : GOOGLE

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, November 18, 2012

TOP 10 GENGSTER PALING BERPENGARUH DI DUNIA !

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v

Kepada kaki-kaki gengster di luar sana tu, meh sini cek nak habak, hang ingat hang tu gengster sangat ka ? Ni hang tengok, ada orang lagik gengster dari hang tau ! :D


10. Jamaican - British Yardies


Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.

9. The Albanian Mafia

 

The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.

8. The Serbian Mafia


(badan bole masuk wretling ni~)
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di Serbia.

7. Israeli Mafia


Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.

6. Mexican Mafia



Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh.

5. Japanese Yakuza ( Bapak Takiya Genji ! )


Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.

4. Chinese Triads


Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.

3. Colombian Drug Cartels


Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.

2. Sicilian and American Cosa Nostra


Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.

1. Russian Mafia


Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.

Hebak tak hebak diorang nie.. Memang bapak segala gengster betul. Kalau korang jumpa, kirim salam aku untuk diorang eyy.. Cakap kat diorang, jangan lupa baca blog Izzati Syazwani yang daif nie.. :'))


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Saturday, November 17, 2012

13 TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:


1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR


HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.


2.BANGLO MONA FANDEY


Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4.LEBUHRAYA KARAK 


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.

6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
  

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:

7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang – lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.




8.Institusi St Michael, Ipoh – Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.



9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak – Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.



10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur – Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.



11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur – Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah – Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.


13. Penjara Pudu -  Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.


Amacam ? Korang percaya atau tak ? Nak kata betul atau tak, wallahualam. Ini hanya sebuah cerita. Sekadar suka-suka. Hehehe.. :D



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Tuesday, November 13, 2012

BANDAR YANG DIPENUHI DENGAN SAMPAH

Assalamualaikum. :)
Peace ! ^_~v

Anshiet Nasser merupakan masyarakat yang pelik di Kaherah, Mesir. Bandar ini dipenuhi dengan sampah menjadikannya pemandangan atau perkara yang luar biasa dan sememangnya terdapat penduduk yang menetap dikawasan ini. Dikatakan hampir 80% sampah-sampah ini akan dikitar semula untuk dijual semula.





















Kesiann kan ? Hidup bergelumang dengan  sampah sarap yang kotor tu.. Macam manalah diorang semua tu hidup ? :'(

SUMBER : HERE 

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM