TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Thursday, December 20, 2012

20 Bintang K-Pop Bakal Berkampung Di KL Januari 2013 !

Assalamulaikum. 
Peaceee ! ^_~v

20 Bintang K-Pop Bakal Berkampung Di KL Januari 2013

Buat julung kalinya, sebanyak 20 bintang K-Pop terkenal dari Korea Selatan bakal berkampung di Kuala Lumpur untuk menjayakan anugerah yang diberi nama Anugerah Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Award (GDA) yang diadakan pada 15 hingga 16 Januari 2013 bertempat di Litar Antarbangsa, Sepang.

Penganjuran Anugerah Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Award (GDA) yang mana ianya diuruskan Mediartncomm Co., Ltd dengan kerjasama Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dengan penajaan dari Samsung Malaysia Electronics ini pastinya merupakan detik yang bakal menggembiarakan buat peminat bintang K-Pop di Malaysia kerana difahamkan lebih 20 bintang ternama dari Korea Selatan akan berkampung di sini selama dua hari berturut-turut !.

"Pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah adalah kerana sambutan muzik K-Pop yang dilihat amat menakjubkan di sini. Malah, pihak penganjur amat berbesar hati melaksanakannya kerana menyedari hakikat muzik K-Pop yang semakin mendapat perhatian bukan saja di Asia tetapi di seluruh dunia," kata Pengarah Editorial Hiburan, Ilgan Sport, Kim Sora.

Antara bintang K-Pop yang dijangka hadir dan tercalon dalam anugerah yang dipertandingkan ialah PSY, BigBang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, SISTAR, Secret, B1A4, Epik High, 2NE1, BUSKER BUSKER, Miss.A, Shinee, K-will, Ailee, MBlaq dan Girl's Generation.

Anugerah yang dipertandingkan dibahagikan kepada kategori Album dan lagu termasuklah Album Terbaik, Album Sepanjang Tahun, Lagu Terbaik, Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Artis K-Pop Paling Popular, Bintang Baru Paling Menyerlah, Anugerah Hip Hop Terbaik dan Album Single Sepanjang Tahun.

Anugerah popular turut diwujudkan yang mana peminat boleh mengundi secara online di laman MSN Popular mulai 17 Disember 2012 lalu sehingga 7 Januari 2013.

OMG ! See ? Berkampung kat KL selama dua hari berturut-turut uollss.. Aku kena pergilah macam nie. Bukan selalu dia buat kan ? Ramai pulak tu artis K-Pop yang datang. Aku tak adalah taksub sangat dengan K-Pop sampai tak mengaku aku Rakyat Malaysia macam si Ayuni tu. Nampaknya Sam Bunkface tak puas hatilah lepas ni. Sorilah Bro. Tak payahlah sangat nak suruh pihak bertanggungjawab limitkan muzik K-Pop kat Malaysia. Muzik K-Pop sangat hangat di Malaysia. Takut band tak laku ke ? Opss.. Sorii.. Hahaha.. :D


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

5 comments:

  1. wah giler k pop erk..hehee..g jgn g..tpi diaorg bnyk bnd k pop sebb pengadil korea mase perlwnn malysia dan thailand x adil..hahaha..gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah !! Takdelahh gila sangat pun. Layan jugaklah muzik diorang. ^_~

      Delete
  2. haa..i ade post dlm blog i psl ni 2 mggu lps rasanya.
    tp pelik betul sbb anugerah muzik korea buat kt malaysia.ape tmpt kt korea dah takde ke?menjadi tanda tanya.. 0_0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa.. Tertanya-tanya jugak . Kalau datang just nak buat konsert besar-besaran no hal lhaa kan . Tapi siap nak buat award bagai kat Malaysia. Mungkin nak bagi lagi hangat kot muzik K-Pop nie . Yelahh Mana pernah lagi Artis Korea datang buat award kat sini. Nak bagi peminat tengok secara LIVE lhaa tu ... ^_~v

      Delete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM