TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, December 23, 2012

GANGNAM STYLE CECAH 1 BILLION TONTONAN DI YOUTUBE !

Assalamualaikum .
Peaceee ! ^_~v

Gangnam Style Cecah 1 Billion Tontonan Di Youtube

Video Oppa Gangnam Style nyanyian Psy hari ini mencatat sejarah apabila menjadi video paling banyak ditonton di laman Youtube dengan lebih 1 billion tontonan.

Single nyanyian Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang, 35, ini secara konsisten mencatat pertambahan tontonan dari hari ke hari sejak mula diterbitkan pada 15 Julai yang lalu.

Pada September lepas, ianya mencecah 100 juta tontonan dan beberapa hari kemudian, ianya telah diiktiraf oleh Guiness World Record sebagai video paling disukai (Most Liked Video). Penghujung September, Gangnam Style mencatat tontonan sebanyak 200 juta diikuti 500 juta tontonan pada Oktober.

November 2012, Psy berjaya menewaskan lagu Justin Bieber, Baby sebagai video paling banyak ditonton di Youtube. Untuk meraikan kejayaan Psy, Youtube telah menjadikan penyanyi tersebut sebagai komponen utama dalam video reviu tahunan organisasi itu yang bertajuk 'Rewind YouTube Style'.

Dan hari ini, Gangnam style telah mencecah 1,000,000,000 tontonan. Jumlah yang tidak dipernah dicapai sebelum ini dan mustahil untuk digugat dalam masa terdekat. Kejayaan Psy ini telah dijadikan jenaka online yang berkaitan ramalan hari kiamat oleh puak Mayan sebelum ini.

Majoriti pembaca Murai mungkin telah menonton video ini, namun tidak salah jika kita menontonnya sekali lagi untuk melihat sendiri video yang telah mencatat sejarah ini.




Hebattt kau Psy . Muzik video yang pada mulanya nampak biasa je boleh jadi fenomena seluruh dunia tau . Tengoklah , dah cecah 1 BILLION weyhh ! Kalah Justin Bibir korang tu ! :P

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

1 comment:

  1. woo popularnye..tp tak minat gangnam. kita mesti sokong nasyid. hidup UNIC! hehehehehe

    ReplyDelete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM