TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Thursday, December 20, 2012

PMR 2012: 30,474 Pelajar Dapat Gred A Dalam Semua Mata Pelajaran

Assalamualaikum. 
Peaceee ! ^_~v


Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Datuk Dr Amin Senin berkata ini menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012, di Putrajaya hari ini. 
Amin berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sepuluh yang lain menunjukkan penurunan prestasi. 
"Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.04 mata, namun prestasi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menunjukkan penurunan masing-masing 0.12 mata, 0.02 mata dan 0.01 mata," katanya.
Beliau berkata pencapaian secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran stabil dengan indeks Gred Putara Nasional (GPN) kekal pada 2.1 mata seperti 2011. 
Begitu juga meskipun pencapaian calon bandar lebih baik daripada calon di luar bandar, namun jurang pencapaiannya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata pada 2011 kepada 0.26 mata pada 2012. 
"Pada tahun ini pencapaian calon di bandar kekal pada indeks GPN 2.61 mata seperti tahun lepas, manakala pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan sebanyak 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 2.90 mata pada 2011 kepada 2.87 mata pada tahun ini," katanya. 
Menurutnya pencapaian calon berkeperluan khas juga meningkat dengan 14 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran daripada 1,736 pelajar yang menduduki peperiksaan, berbanding 12 calon daripada 1,370 calon tahun lepas. 

Tahniah aku ucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan kecewa. Usaha lagi. SPM lagi dua tahun. So, buat yang terbaik sebab SPMlah hala tuju kita nanti. Aku bersyukur dengan keputusan yang aku dapat. Walaupun tak straight A's, ia mampu membuat kedua ibu bapa aku tersenyum. Terima kasi Ya Allah. :)

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

3 comments:

  1. perjuangan di sekolah belum habis lagi..ada spm yang masih menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. PMR is nothing. But SPM is everything. ^_~v

      Delete
  2. I got 2 B , sej and geo . geo tu takpelah sbb tahun dpn takda sub tu tp sej ? pkai essay :/

    ReplyDelete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM