TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Saturday, November 16, 2013

Biodata Dan Gambar Fattah Amin, Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku.

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v




Selepas drama Love You Mr Arrogant yang mendapat tumpuan ramai sehingga mencecah 4.6 juta penonton, sekarang drama baru yang juga mendapat ramai tumpuan ramai lebih-lebih lagi di kalangan wanita iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA) yang menampilkan Fattah Amin sebagai utama drama tersebut. 

Kekacakan wajah beliau menarik perhatian ramai penonton sehingga ingin mengetahui tentang latar belakang beliau.

Biodata Fattah Amin

Nama Penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin).

Nama Popular: Fattah Amin.

Umur: 23 Tahun.

Pendidikan: Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Status: Pelajar Sepenuh Masa.

Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon.

Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/fattahamin . *Jangan lupa follow yea.

Lakonan: Kerana Sarah’ (slot Azalea TV3) dan ‘Memberku Hawa’ (Astro Ria).


Gambar-gambar Fattah Amin.
















Untuk pengetahuan anda juga, Fattah Amin merupakan salah seorang finalis Hero Remaja bagi tahun 2012.






Aku sure, drama ni akan jadi viral macam drama Love You Mr Arrogant and aku dapat agak jumlah tontonan pun boleh mencecah berjuta-juta salah satu sebabnya ialah kerana kekacakan King Of Crocodile ni.. Pehhh.. gitu kau... :P




♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Wednesday, October 23, 2013

Biodata Dan Gambar Azlee Khairi Yang Handsome.

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v


Biodata Azlee Khairi :

Nama Penuh : Azlee Khairi Bin Zulah Hainee

Tarikh Lahir : 19 Januari 1989

Tempat Lahir : Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak

Anak Kacukan : Pakistan, Cina & Jawa

Pendidikan : Diploma Teknologi Kreatif Artistik (Filem Melayu) UiTM, Shah Alam

Hobi : Bersukan dan Memancing

Adik-beradik : Anak ke 2 daripada 6 orang adik-beradik (3 Lelaki 3 Perempuan)

Kerjaya : Pelakon, model

Twitter : https://twitter.com/AzleeKhairi

Instagram : http://instagram.com/azleekhairi


Drama : 
Ponti Anak Remaja The Series (2010) 
Rojak 
Iparku Diva
Dingin Lavenda
 Jangan Bunuh Matahariku 2
 Kelaas Kau Maria 
Karma (2011) 
Mahabbah 
Bukan Bidadari 
Julia 
Syukur Allah (2012) 
Dalam Setiap Sujud 
Sebenarnya Saya Isteri Dia 
Cinta Yang Satu 
Fira Ayuni 
Love You Mr Arrogant (2013)

Telefilem : 
Kemelut Cinta (2010) 
Tarbiyah Ala Datin 
Geisha Melayu Terakhir 
Pusing Raya
Qaseh & Aiman (2011)
Baju Kebaya Terakhir Bapak
Cinta Si Tukang Kasut 
Mak Sanggup
Cinta Dari Syurga 
Demi Kasihku
Setahun Setengah Mencari Cinta (2012)
Hanya Dikau
Lara Qaseh
Suamiku Jururawat
Andai Itu Takdirnya
Anak Menantu
Miss Aaliyah
Takdir Cinta
Mimpi Fara
Dari Ibu (2013) 

Filem : 
Raya Tak Jadi (2011) 
Ratu The Movie (2011)
Bujang Terlajak (2012)

Gambar-gambar Azlee Khairi :

















Drama Ponti Anak Remaja. Jadi vampire. Bercinta dengan manusia. Edward dengan Bella lah kononnya ni. haha. :P

Dah banyak drama and telefilem yang Azlee Khari berlakon. Semua watak-watak yang dia lakonkan best-best. Aku mula kenal dia sejak dia berlakon Ponti Anak Remaja. Alah, Twilight versi Melayu tu. Jadi vampire uolsss. Dah macam Edward Cullen dah aku tengok putih melepak aihh. Sejak dari tu mula minat. Handsome kan. haha. :P



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, September 8, 2013

Top 6 Pulau Buatan Yang Terindah Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

The Pearl


The Pearl yang biasa di sebut juga ‘Pearl of the Gold’, merupakan pulau buatan yang terbentang sepanjang 988 hektar yang terdapat di Doha, Qatar. Pulau yang dihuni oleh 40.000 orang ini berbentuk seperti rangkaian mutiara dan berlian yang memiliki 6 jalur high way yang berlokasi 20 km dari Doha International Airport. Pulau yang dibangun dengan biaya US$ 2,5 milyar ini mempunyai kemudahan yang sangat lengkap seperti apartment, 3 hotel mewah dan kemudahan hiburan yang lain.



2. Durrat Al Bahrain



Durrat Al Bahrain merupakan pulau buatan terbesar di Al Bahrain, pulau ini terdiri dari 13 rangkaian pulau buatan dengan luas sekitar 20 jt meter persegi dengan bentuk 6 pulau berbentuk ikan dan 5 pulau berbentuk bulan sabit. Kemudahan di Durrat Al Bahrain begitu lengkap, terdapat hotel lima bintang, lapangan golf yang luas, 12 jambatan. Pembangunan pulau ini memakan dana sekitar US$ 1,3 milyar.

3. Peberholm



Paberholm disebut juga sebagai pulau merica. Pulau buatan yang ada di Denmark ini memiliki luas 400×500 meter persegi, pulau ini juga dilengkapi dengan terowong kereta dengan panjang 4050 meter ditambah 2 lajur rel kereta api yang terpanjang di Eropah. Selain terowongan dan rel pulau ini juga dilengkapi dengan jambatan yang cukup megah sepanjang 16 km yang menghubungkan dua negara iaitu Sweden dan Denmark. Selain sebagai tujuan pelancongan Peberholm juga digunakan sebagai tempat reservasi alam.

4. Thilafusi



Thilafusi awalnya adalah sebuah lagun yang mempunyai panjang 7 km dengan lebar 200 meter. Pulau ini lebih banyak digunakan untuk kegiatan industri seperti pembuatan perahu, semen kemasan, gas metana, dan berbagai kegiatan industri dalam skala besar. Tapi sayangnya, pulau ini juga digunakan sebagai tempat pembuangan sisa akhir terutama sisa industri serta tak ada juga masyarakat yang membuang sisanya di tempat ini.

5. The World Island



The World Island merupakan kumpulan 300 pulau berbentuk peta dunia yang terletak di lepas pantai Dubai Uni Emirat Arab dengan luas area 9 km dan lebar 6 km yang dikelilingi pemecah gelombang oval. Setiap pulau-pulau kecil di World Island mempunyai luas 23.000 meter persegi sampai 24.000 meter persegi dan dibagi menjadi 4 kategori. Dengan harga tiap pulau mencapai 15 – 45 juta dollar Amerika. The World Island dibangun dengan menggunakan pasir yang dikorek dari dasar laut, dan akses ke pulau ini hanya boleh menggunakan bot, helikopter dan pesawat amfibi.

6. Palm Island




Sama seperti The World Island, Palm Dubai juga terletak di Uni Emirat Arab. Pulau ini adalah pulau buatan terbesar di dunia. Palm Island berbentuk pohon palma yang dikelilingi bentuk bulan sabit disekitarnya. Di dalamnya juga terdapat 3 pulau dengan kemudahan istimewa seperti hotel berbintang, apartment eksklusif tepi pantai, villa, taman hiburan air, restoran, pusat membeli-belah, kemudahan sukan dan spa kesihatan. Pembangunan Palm Island telah dimulai sejak tahun 2001 yang lalu dan dijangkakan selesai tahun 2013 akan datang.


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, September 1, 2013

Top 5 Pulau Terpadat Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

Manusia merupakan makhluk yang suka meneroka dan mampu beradaptasi dengan perubahan iklim sesuatu tempat. Populasi manusia akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan semakin banyak tempat-tempat baru akan diteroka kelak termasuklah tempat-tempat yang terpencil. Pulau-pulau dalam foto-foto di bawah ini asalnya dipenuhi dengan flora dan fauna semulajadi, namun kini apa yang dapat kita saksikan hanyalah rumah-rumah dan bangunan. Berikut merupakan 5 buah pulau yang paling padat di bumi.

1. Santa Cruz del Islote

 

Santa Cruz del Islote secara tidak rasmi menjadi pulau yang terpadat di dunia. Pengangkutan yang paling sesuai untuk sampai ke pulau ini adalah dengan mengguna bot dari pantai Caribbean dan tempoh perjalanan adalah selama satu jam. Terdapat 90 buah rumah di pulau ini dengan populasi sekitar 1200 orang penduduk.  Tiada kolam renang, hotel mahupun tapak perkuburan di pulau ini. Penduduk yang meninggal dunia akan dikuburkan sebuah pulau yang berdekatan. Pulau ini juga tiada kemudahan eletrik dan air. Sebaliknya tentea laut Columbia akan membawa bekalan air buat penduduk setiap tiga minggu sekali.

2. Hong Kong



Hong Kong memiliki populasi seramai 1.2 juta orang dengan kepadatan 16390 km²  pada 2008. Populasi tertumpu di sepanjang pantai utara di mana kepadatan menjangkau 26000 orang/km². 

3. Venice



Venice sangat terkenal dengan keindahan senibina bangunan dan karya seni serta menjadi daya tarikan sejak abad pertengahan dan Renaissance. Venice juga merupakan pusat perdagangan dan seni pada abad ke-13 hingga akhir abad ke-17. Pada tahun 2009, dianggarkan seramai 270098 penduduk yang menetap di situ.

4. Joal-Fadiouth




Joal-Fadiouth terletak di Pantai Petite Senegal, tenggara Dakar. Pulau ini tidak memiliki sebarang pengangkutan moden seperti bas, kereta, motosikal mahupun teksi. Kegiatan ekonomi penduduk adalah pertanian dan perikanan. Pulau ini memiliki 39 ribu penduduk.

5.  Malé




Terletak di selatan Atoll Malé Utara, Malé merupakan ibu kota dan juga kota yang paling padat dalam Republik Maldives. Populasi penduduk di pulau ini telah meningkat dari 20000 orang pada tahun 1987 kepada 100000 orang pada 2006. Tanah-tanah pulau ini terpaksa ditambak bagi menampung populasi penduduk yang kian bertambah.



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Wednesday, August 14, 2013

Top 5 Bentuk Pulau Yang Paling Menakjubkan Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v


1. Pulau berbentuk Lumba Lumba



Pulau terumbu karang ini terletak di lepas pantai utara Pulau Flores, Indonesia. Bentuknya bila dilihat dari atas sangatlah menakjubkan seolah olah seperti ikan lumba lumba yang sedang berenang. Sangat menarik bukan ?

2. Pulau berbentuk Bumerang



Pulau berbentuk bumerang ini berada di tengah Laut Cina Selatan. Pulau ini terletak sekitar 45 minit dengan penerbangan di sebelah barat daya Manila Filipina. Pulau Atoll merupakan sebahagian dari Kepulauan Spratly, sebuah kepulauan yang terdiri lebih dari 750 pulau.

3. Pulau berbentuk Mata



Pulau yang berada di wilayah maladewa ini ini berbentuk seperti mata manusia, lengkap dengan retina dan iris. Namun bila dilihat dari sudut pandang yang berbeza pulau ini juga dapat terlihat seperti ubur-ubur raksasa. Sangat menarik kan walaupun sebenarnya pulau ini hanyalah pulau terumbu karang biasa sahaja.

4. Pulau berbentuk Ikan pari



Gambar di atas adalah sebuah pulau yang terletak di Denmark yang dapat anda jumpai di laut Kattegat, utara lepas pantai Funen (pulau terbesar ketiga di Denmark). Bentuk pulau ini yang mempunyai bentuk segitiga dan memiliki “ekor” yang panjang benar benar terlihat seperti ikan pari. 

5. Pulau berbentuk Kuda Laut



Pulau ini bernama Isabela salah satu pulau di kepulauan galapagos. Letusan gunung berapi yang terjadi jutaan tahun yang lalu yang membentuknya. Bila anda anda lihat lebih dekat, maka anda boleh mengamati tiga kawah dari gunung berapi yang menimbulkan bentuk pulau itu. Sedap nama pulau ni, Isabela you !



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Saturday, July 27, 2013

Top 10 Keajaiban Alam Yang Jarang Diketahui Oleh Manusia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v


Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babylon, Terowong Channel dan Colosseum di Rom serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.
Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.

Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.


1. Pamukkale (Turki)





Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)



 



Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)



 



Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)








Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.

5. Wulingyan, Hunan (China)





Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)



 



Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)



 



Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan reka bentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)



 



Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China) 




 



Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca. 

10. Salar de Uyuni (Bolivia)



 



Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM