TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Saturday, January 26, 2013

SALUN UNTUK BERMANJA !

Assalamualaikum . ❤ 
Peacee ! ^_~v

pix_topright

Ia dilabel sebagai kedai gunting rambut atau salun, namun anehnya sebahagian besar pelanggan bukan ke situ untuk menggunting rambut, sebaliknya kerana ingin menikmati pakej belaian manja daripada wanita separuh umur yang sebahagiannya layak digelar nenek.
Dengan bayaran serendah RM10 untuk pakej selama 30 minit, deretan kedai di Jalan Mustafa Al Bakri, di sini, amat popular dalam kalangan lelaki.
Ini kerana pakej disediakan itu termasuk boleh memeluk dan baring di atas riba ‘tukang gunting’ wanita berpakaian seksi biarpun berusia 40-an dan 50-an, selain diurut seluruh tubuh di atas sofa khas.
Tinjauan Harian Metro di satu daripada premis itu mendapati di ruang depan disediakan kerusi untuk menggunting rambut yang sudah usang, namun ia jarang digunakan.

Ini kerana kebanyakan pelanggan yang melanggan pakej belaian manja dibawa ke bahagian belakang premis yang dilengkapi sofa empuk, selain bar mini menjual minuman.

Bagi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) Fauzi Muda, aktiviti tidak sihat salun belaian manja itu wajar segera dihentikan kerana ia satu kerja maksiat dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.
“Nyata mereka bukan menjalankan perniagaan menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat berorientasikan seks, biarpun bukan 100 peratus khidmat pelacuran. “Memandangkan kegiatan ini sudah lama berlaku, tindakan drastik perlu segera dilakukan untuk menghentikannya. Jika tidak kesan negatifnya kepada masyarakat pasti menjadi lebih buruk,” katanya.

Menurutnya, ketika ini sebahagian besar pelanggan membabitkan golongan dewasa, namun ada kemungkinan pada masa akan datang, remaja termasuk pelajar sekolah turut bertumpu ke salun belaian manja itu.
“Ini kerana caj dikenakan murah iaitu RM10 dan saya percaya faktor ini menyebabkan kegiatan tidak bermoral terbabit amat laris,” katanya.

Seorang pekerja restoran berhampiran deretan salun terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Harun, 40, berkata, kegiatan maksiat di situ seolah-olah sudah menjadi mercu tanda di jalan berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, apa yang ditawarkan pekerja wanita yang sebahagiannya layak digelar nenek itu bukan kepakaran menggunting rambut, tetapi lebih kepada khidmat belaian kasih sayang untuk lelaki yang kemaruk.

“Mungkin pelanggan terdiri daripada lelaki sepi atau tidak mendapat kasih sayang daripada pasangan masing-masing. Mereka biasanya datang jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

“Di dalam salun, pelanggan dilayan bagai raja kerana mereka boleh baring di atas riba wanita separuh usia itu sambil dibelai.

“Malah, pelanggan bebas merasai kehangatan pelukan dan urutan manja daripada wanita terbabit tanpa membabitkan hubungan seks,” katanya.


Seorang pelanggan salun yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia sering ke situ kerana khidmat disediakan disifatkannya lain daripada lain. “Di sini, saya dilayan bagai raja. Mereka (pekerja kedai gunting) ini pandai mengambil hati, bijak berkomunikasi dan memanjakan lelaki. “Walaupun tua, tapi mereka ini banyak pengalaman. Ringkas kata, mereka tahu apa yang lelaki mahukan,” katanya yang belum berkahwin.

Ditanya sama ada dia berasa jijik berdamping wanita warga emas terbabit, Wan hanya tersenyum dan mendakwa ia ‘terapi minda’ untuk menghilangkan tekanan kerja.

“Saya dapat tahu ada pelanggan yang berantakan rumah tangga selepas isteri mereka mengetahui hubungan mereka dengan wanita kedai gunting ini.

“Malah, saya pernah melihat ada wanita datang menyerang pekerja kedai gunting ini yang didakwa menjadi punca suami mengabaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Ya Allah.. Macam-macam.. Kerja kedai gunting rambut, buatlah cara gunting rambut. Ini tidak, lain pulak dibuatnya. Tak padan dengan tua. Sedar-sedarlah diri tu. Rumah kata pergi, kubur kata mari weyhh ! ~

SUMBER : HARIAN METRO

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

No comments:

Post a Comment

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM