TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, February 17, 2013

[ Berita Antarabangsa ] Russia : Meteor Jatuh Di Kota Chelyabinsk, Lebih 400 Orang Cedera


Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

Penduduk kota Chelyabinsk, Russia menjadi panik apabila serpihan meteor tiba-tiba jatuh di bandar itu pagi tadi (waktu Russia) yang mengakibatkan gegaran yang kuat sehingga menyebabkan tingkap beberapa buah bangunan pecah dan lebih 400 orang cedera.

proxy

Keadaan mengejut itu telah menyebabkan trafik di bandar Chelyabinsk tergendala apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menurut seorang penduduk Chelyabinsk, beliau sempat melihat cahaya terang di angkasa sebelum mendengar bunyi guruh yang sangat kuat, “Kami melihat seperti ledakan besar cahaya kemudian kami pergi keluar untuk melihat apa itu, dan kami mendengar guruh yang sangat kuat.”

1608352-meteor-yang-melintasi-kota-chelyabinks-620X310

Screen shot 2013-02-15 at 5.54.09 PM

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan. Tambah beliau lagi, komunikasi mudah alih sudah pun dihentikan buat sementara waktu.
Berdasarkan laporan, meteor itu jatuh kurang dari satu hari sebelum asteroid 2.012 DA14 melintas dalam jarak yang cukup dekat dengan bumi sekitar 28.000 kilometer. Buat masa ini, kaitan antara dua asteroid itu masih belum diketahui.
Walau bagaimanapun, pihak European Space Agency (ESA) menerusi laman sosial Twitter ESA mengumumkan bahawa dua kejadian itu tidak ada kaitannya.

Screen shot 2013-02-15 at 6.10.16 PM



SUMBER : WANISTA


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

2 comments:

  1. ada gak dengar pasal ni dulu..

    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM