TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, February 17, 2013

Tarian ‘Harlem Shake’ Jadi Fenomena Selepas ‘Gangnam Style’ Di YouTube

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

Screen Shot 2013-02-14 at 2.52.44 PM

Siapa yang tidak pernah dengar mengenai tarian dari korea iaitu Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh dunia? Tarian kuda itu dicipta oleh penyanyi pop korea termasyhur iaitu PSY yang video Youtubenya bertajuk ‘Gangnam Style’ telahpun mencapai lebih dari 1 bilion view. Baru-baru ini satu tarian baru iaitu ‘Harlem Shake’ telah menjadi fenomena di laman YouTube dan banyak video tarian Harlem Shake telah dimuat turun dengan pelbagai versi.

Apa tu tarian Harlem Shakes?

harlemshake

Tarian ini merupakan tarian gerak bebas dimana anda hanya perlu menggoyangkan bahu,pinggang dan tangan anda dengan pantas. Kalau nak diikutkan sejarah terciptanya tarian Harlem Shake ini, ianya merupakan satu tarian dari tahun 80an di kawasan bernama Harlem di New York dan digunakan dalam video muzik. Pada tahun 2011, nama Harlem Shake ini digunakan sebagai tajuk lagu muzik eletronik yang dihasilkan oleh Baauer dan pada tahun 2013, lagu itu menjadi lagu tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral pertama tarian ini telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 dimana sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Sehingga kini terdapat banyak video tarian Harlem Shake telah dimuat naik dengan lebih 44 juta view di YouTube.

Tarian Harlem Shake ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama dan video biasanya dimuat naik selama 30 saat.

Jom tengok beberapa versi video tarian Harlem Shake yang telah menarik perhatian ramai. 









SUMBER : WANISTA


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

No comments:

Post a Comment

❤ Assalamualaikum.
❤ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entri Saya Kali Ini.
❤ Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
❤ SATU Pun Jadilah. ! ^_^

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM