TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Friday, April 12, 2013

Top 10 Masjid Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

Korang tau tak kat dunia ni ada 10 masjid yang terbesar ? Mesti korang tak tau dan sah-sahlah tempatnya kat mana pun korang tak tau kan ? Jadi, memandangkan blog aku ni dah lama ditinggalkan kesepian, hari aku nak share dengan korang antara 10 masjid yang terbesar di dunia. Enjoice !

10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh

Masjid Al-Mukkaram Bangladesh:
Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya ditambahkan menjadi 40 ribu umat  dalam satu masa.

9. Masjid Jami' Delhi India




Masjid Jama' Delhi Lama India:
Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid. 

8. Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA




Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi:
Nama masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut. 

7. Masjid Badhshahi Lahore Pakistan




Masjid Badhshahi Lahore:
Juga dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan. 

6. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan




Masjid Faisal Islamabad Pakistan:
Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.

5. Masjid Hasan II Maroko




Masjid Hasan 2 Morokko:
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik 


4. Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia

Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia:
Masjid yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia melepaskan diri dari belenggu penjajahan.

3. Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran



Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran:
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, museum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.

2. Masjid Al-Nabawi Madinah




Pandangan sekitar Masjid Nabawi, Madinah.
  
Masjid Al-Nabawi Madinah Al Munawarah:
Setiap umat Islam di dunia pasti mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Merupakan tempat peristirehatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.

1. Masjidil Haram di Mekah

Masjidil Haram di Mekah:

Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam sentiasa ada umat Islam yang beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia terutamanya di musim ibadah haji setiap tahun.



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM