TINGGALKAN TAPAK BLOG ANDA DI SINI

Sunday, September 8, 2013

Top 6 Pulau Buatan Yang Terindah Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

The Pearl


The Pearl yang biasa di sebut juga ‘Pearl of the Gold’, merupakan pulau buatan yang terbentang sepanjang 988 hektar yang terdapat di Doha, Qatar. Pulau yang dihuni oleh 40.000 orang ini berbentuk seperti rangkaian mutiara dan berlian yang memiliki 6 jalur high way yang berlokasi 20 km dari Doha International Airport. Pulau yang dibangun dengan biaya US$ 2,5 milyar ini mempunyai kemudahan yang sangat lengkap seperti apartment, 3 hotel mewah dan kemudahan hiburan yang lain.



2. Durrat Al Bahrain



Durrat Al Bahrain merupakan pulau buatan terbesar di Al Bahrain, pulau ini terdiri dari 13 rangkaian pulau buatan dengan luas sekitar 20 jt meter persegi dengan bentuk 6 pulau berbentuk ikan dan 5 pulau berbentuk bulan sabit. Kemudahan di Durrat Al Bahrain begitu lengkap, terdapat hotel lima bintang, lapangan golf yang luas, 12 jambatan. Pembangunan pulau ini memakan dana sekitar US$ 1,3 milyar.

3. Peberholm



Paberholm disebut juga sebagai pulau merica. Pulau buatan yang ada di Denmark ini memiliki luas 400×500 meter persegi, pulau ini juga dilengkapi dengan terowong kereta dengan panjang 4050 meter ditambah 2 lajur rel kereta api yang terpanjang di Eropah. Selain terowongan dan rel pulau ini juga dilengkapi dengan jambatan yang cukup megah sepanjang 16 km yang menghubungkan dua negara iaitu Sweden dan Denmark. Selain sebagai tujuan pelancongan Peberholm juga digunakan sebagai tempat reservasi alam.

4. Thilafusi



Thilafusi awalnya adalah sebuah lagun yang mempunyai panjang 7 km dengan lebar 200 meter. Pulau ini lebih banyak digunakan untuk kegiatan industri seperti pembuatan perahu, semen kemasan, gas metana, dan berbagai kegiatan industri dalam skala besar. Tapi sayangnya, pulau ini juga digunakan sebagai tempat pembuangan sisa akhir terutama sisa industri serta tak ada juga masyarakat yang membuang sisanya di tempat ini.

5. The World Island



The World Island merupakan kumpulan 300 pulau berbentuk peta dunia yang terletak di lepas pantai Dubai Uni Emirat Arab dengan luas area 9 km dan lebar 6 km yang dikelilingi pemecah gelombang oval. Setiap pulau-pulau kecil di World Island mempunyai luas 23.000 meter persegi sampai 24.000 meter persegi dan dibagi menjadi 4 kategori. Dengan harga tiap pulau mencapai 15 – 45 juta dollar Amerika. The World Island dibangun dengan menggunakan pasir yang dikorek dari dasar laut, dan akses ke pulau ini hanya boleh menggunakan bot, helikopter dan pesawat amfibi.

6. Palm Island




Sama seperti The World Island, Palm Dubai juga terletak di Uni Emirat Arab. Pulau ini adalah pulau buatan terbesar di dunia. Palm Island berbentuk pohon palma yang dikelilingi bentuk bulan sabit disekitarnya. Di dalamnya juga terdapat 3 pulau dengan kemudahan istimewa seperti hotel berbintang, apartment eksklusif tepi pantai, villa, taman hiburan air, restoran, pusat membeli-belah, kemudahan sukan dan spa kesihatan. Pembangunan Palm Island telah dimulai sejak tahun 2001 yang lalu dan dijangkakan selesai tahun 2013 akan datang.


♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

Sunday, September 1, 2013

Top 5 Pulau Terpadat Di Dunia

Assalamualaikum.  
Peaceee ! ^_~v

Manusia merupakan makhluk yang suka meneroka dan mampu beradaptasi dengan perubahan iklim sesuatu tempat. Populasi manusia akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dan semakin banyak tempat-tempat baru akan diteroka kelak termasuklah tempat-tempat yang terpencil. Pulau-pulau dalam foto-foto di bawah ini asalnya dipenuhi dengan flora dan fauna semulajadi, namun kini apa yang dapat kita saksikan hanyalah rumah-rumah dan bangunan. Berikut merupakan 5 buah pulau yang paling padat di bumi.

1. Santa Cruz del Islote

 

Santa Cruz del Islote secara tidak rasmi menjadi pulau yang terpadat di dunia. Pengangkutan yang paling sesuai untuk sampai ke pulau ini adalah dengan mengguna bot dari pantai Caribbean dan tempoh perjalanan adalah selama satu jam. Terdapat 90 buah rumah di pulau ini dengan populasi sekitar 1200 orang penduduk.  Tiada kolam renang, hotel mahupun tapak perkuburan di pulau ini. Penduduk yang meninggal dunia akan dikuburkan sebuah pulau yang berdekatan. Pulau ini juga tiada kemudahan eletrik dan air. Sebaliknya tentea laut Columbia akan membawa bekalan air buat penduduk setiap tiga minggu sekali.

2. Hong Kong



Hong Kong memiliki populasi seramai 1.2 juta orang dengan kepadatan 16390 km²  pada 2008. Populasi tertumpu di sepanjang pantai utara di mana kepadatan menjangkau 26000 orang/km². 

3. Venice



Venice sangat terkenal dengan keindahan senibina bangunan dan karya seni serta menjadi daya tarikan sejak abad pertengahan dan Renaissance. Venice juga merupakan pusat perdagangan dan seni pada abad ke-13 hingga akhir abad ke-17. Pada tahun 2009, dianggarkan seramai 270098 penduduk yang menetap di situ.

4. Joal-Fadiouth




Joal-Fadiouth terletak di Pantai Petite Senegal, tenggara Dakar. Pulau ini tidak memiliki sebarang pengangkutan moden seperti bas, kereta, motosikal mahupun teksi. Kegiatan ekonomi penduduk adalah pertanian dan perikanan. Pulau ini memiliki 39 ribu penduduk.

5.  Malé




Terletak di selatan Atoll Malé Utara, Malé merupakan ibu kota dan juga kota yang paling padat dalam Republik Maldives. Populasi penduduk di pulau ini telah meningkat dari 20000 orang pada tahun 1987 kepada 100000 orang pada 2006. Tanah-tanah pulau ini terpaksa ditambak bagi menampung populasi penduduk yang kian bertambah.



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH KOMENLAH SEKALI ♥

GUABLOG.COM ♥ OHBELOG.COM